Erra, Hans Isaac and Engku Imran hullabaloo

Our ‘innocent’ (very “innocent”) diva does it again…

erra1.jpg

Artis ditangkap kekasih sendiri (source – Utusan Malaysia)

TERKEDU Kak Uda apabila mendapat satu panggilan telefon daripada seseorang mengenai seorang aktres yang cantik manis dan sentiasa menjadi sanjungan para peminatnya.

Kak Uda terkedu bukan apa kerana selama ini aktres yang seorang ini memang pandai cover line. Apa juga perbuatan yang tidak manis dibuatnya semua selamat dan kalau diceritakan pun para peminatnya tidak percaya. Sebabnya, si aktres ini bukan saja kariernya sebagai pelakon, malah hidupnya juga sentiasa berlakon.

Al-kisah menurut si pemanggil, aktres ini sudah lama tinggal bersama kekasihnya yang juga artis di sebuah apartmen mewah. Aktor yang kacak bergaya ini khabarnya sudah buat keputusan untuk berkahwin dengannya.

Tapi…jawapan daripada si cantik manis ini janganlah terlalu tergesa-gesa dan minta tempoh sebelum mereka akhiri hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Disebabkan sayang si aktor ini terima cadangan itu.

Nak dijadikan cerita Jumaat lalu, aktres ini memberi alasan kepada kekasih hatinya dia tidak dapat balik ke apartmen kerana shooting filemnya dijangka lambat habis.

Si aktor yang mengesyaki sesuatu telah pergi ke rumah kekasihnya dan setelah pintu rumahnya di buka oleh seseorang, si aktor mengetuk pintu bilik kekasihnya.

Setelah sekian lama menanti, kekasih hatinya keluar dengan muka selamba dan bersumpah tidak berlaku curang atau bermain kayu tiga di belakang kekasihnya.

Tapi…tiba-tiba kekasih baru aktres berkenaan seorang VVIP keluar bilik dengan seluar pendek. Apalagi penumbuk singgah di mukanya dan tembelang aktres itu pun pecahlah.

Kak Uda: Nasihat untuk aktor dan aktres ini sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga dan bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan tudung saji.

~ by pickholes on July 7, 2007.

7 Responses to “Erra, Hans Isaac and Engku Imran hullabaloo”

  1. tupai belajar melompat sampai jadi pandai kat mane tu boleh belajra sekali heheheh. kata kerja sabagai aktres tak pandai pun berlakon

  2. TO: HANS!!!..b cool WOKEY.. terima dengan hati yang terbuka.. pasti ada hikmah di sebaliknya.. setakat gurl mcm 2 x payah ar.. harap muka jer lawa .. tapi dalam.. hanya tuhan sajer yang tahu.. i’m stiil sokong you insyaAllah 100%..

  3. cari jer anak dara.. yang pergi berebut janda tua tu kenapa..? buat hans.. byk2 lah sabar dlm menempuh liku2 hidup artis ni..

  4. Tu ler pasai buat ape cari janda tua dah ler tuuu kite orang dah tau sejak belum famous lagi si era bukan nye ler artis yang baik seperti yang di pamerkan setiap hari perempuan tu memang kaki pengikis sape yang tersangkut buka ler mata seluas luas nye dan sedar la diri sikit…..

  5. huhuhu…..janda pom janda lah..janji bahagia….

  6. to erra
    actually i minat dgn erra ni tapi lepas kejadian yg menimpa hans i terus tidak minat kat erra lagi. erra betul2 telah MENJATUHKAN REPUTASI ERRA SEBAGI SEORANG ARTIS!! kesian kat hanss buat hanss plak i memang minat gila kat hans so harap hanss sabar bebanyak ya n i suka skali niat hans nak convert pi muslim. sabar jak la bunga bukan sekuntum lagi pun hans mesti boleh dapat yang lagi better dari erra!! kita tengok la sejauh mana pertunangan dia ngan engku imran.. for engku imran plak..tak menyesalkah?? dapat tunang like erra? madam lier!!!!

  7. sokong tu..dulu dgn awi pun camtu..
    ntah ape nak jadi.. tapi lebih elok dari merampas laki orang betul tak Datuk SN ?? he he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: